Sejarah
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
|
Rupabentuk Kain Batik Sarung |
Contoh Motif Organik.
Motif Ayam | Motif Ayam |
Contoh Motif Geometrik.Motif Pucuk Rebung | Motif Bunga Buluh | |
Motif Bunga Raya | Motif Siput | Motif Pucuk Rebung |
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan. Corak Berdiri |
|
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.Batik Conteng
Proses menerap kain menggunakan blok corak
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.Batik Skrin
Proses mencanting kain
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Pengenalan
Dastar merupakan kain tradisional yang berasal dari Sabah. Ia merupakan warisan zaman Dongsun di Annam. Biasanya kain dastar ditenun 100 cm persegi dan mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan. Warna dasar kain dastar adalah hitam, manakala reka coraknya pula berwarna merah, jingga, kuning, hijau dan putih. Kadang-kadang benang emas atau seumpamanya digunakan bagi menyerikan lagi reka corak yang ditenun.
Motif & Corak
Motif reka corak kain dastar melambangkan unsur-unsur kehidupan dan kebudayaan masyarakat negeri itu, terutamanya suku kaum Bajau dan Illanun. Motif kain dastar pula ditenun dalam bentuk geometrik. Motif-motif itu termasuklah motif tuarah (binatang), boras (swatika), saledap (salib), onsod (pagar), sheku (sesiku), samping gapas (keping salji) dan anunan (bunga). Motif yang paling digemari adalah motif penunggang kuda yang menggambarkan kehidupan lelaki kaum Bajau yang tinggal di kaki Gunung Kinabalu.
Proses Pembuatan
TegeninTegenin ialah proses membahagikan benang dalam biris tanpa dicerai-cerai ke dalam bintala dan diikat simpul kasit.MenganjiNasi, daun lalang muda dan air digaul serta diramas hingga menjadi seperti bubur. Benang yang telah ditegenin dimasukkan ke dalam kanji ini dan ditoskan.MenyikatSebelum benang yang dikanji tersebut kering, kerja-kerja menyikat hendaklah dilakukan secepat mungkin.Embekar (Menerai)Setelah benang kering, dimasukkan ke alat bekara untuk digulung ke alat lebeda, yang kemudiannya dipasangkan ke alat menganin.PangsudGigi loseng dikira dan diaturkan benang ke lebeda sebelah menyebelah untuk membuat tepi kain. Lebeda yang lain dipasang di tengah-tengah tenunan untuk lebar kain mengikut gigi loseng yang dipasang. Proses menganin boleh dilakukan sambil membuat bibitan pakan kepada bilangan yang dikehendaki.PanaletagIaitu kerja-kerja memindahkan benang yang telah melalui proses pangsud dari alat sudden (alat menganin) ke alat tenunan yang dipanggil saulayah dan membentang serta mengatur benang yang kendur.PanungitKerja-kerja menyimpan benang ke celah-celah gigi loseng dengan mengikat surud ke alat tagak agar alat tidak terjatuh. Setelah selesai memungit, pasangkan penutup (alat pepent) untuk mengelakkan benang dicelah-celah surud dari terkeluar.PamarapanSetelah proses menyapuk selesai, pamarapan dimulakan dengan menenun kosong selebar 3 jari. Selepas itu, pasang alat parapan dan kira benang serta bentukkan corak yang dikehendaki. Ramsa atau air digunakan untuk membasahkan benang yang telah dipasang untuk memudahkan proses menenun.Menenun AramKerja-kerja menenun dilakukan hingga siap.
Penggunaan kain dastar dipakai sebagai tengkolok istiadat golongan lelaki terutamanya di kalangan kaum Bajau.
batik...
BalasHapus